Showing posts with label Merbok.. Show all posts
Showing posts with label Merbok.. Show all posts

Wednesday, February 8, 2012

Pakej menyusuri Sungai Merbok


Sungai Merbok pada suatu ketika dahulu pernah menjadi antara laluan penting para pedagang dari serata dunia datang ke tanah melayu untuk pelbagai urusan perdagangan.Kami pihak Tandop Camp menyediakan pakej untuk pelancong ataupun pengunjung yang berminat untuk mengetahui "Hidden Treasure " yang terdapat di utara Malaysia.Terdapat 3 pakej yang kami tawarkan:

Pakej 1- Archaeo Eco.

Jejak Arkeo melalui jalan hutan(Jungle trekking), melawat Muzium Arkeologi dan balik ke kem melalui jalan sungai dan mandi di sungai (Sungai Merbok Kecil).Di sini peserta dapat menguji daya ketahanan fizikal serta mempelajari tentang tamadun di Lembah Bujang.
Jejak Arkeo melalui jalan sungai (River Touring)- termasuk lawatan ke gok arang dan galeri hutan simpan paya bakau.Di sini peserta dapat melihat kesan sejarah Kesultanan Kedah dan peninggalan tamadun di Sungai Merbok,runtuhan istana di Pulau Tiga, aktiviti nelayan di Sungai Merbok,ekosistem di paya bakau dan keindahan pemandangan Gunung Jerai dari jeti Semeling.

Pakej 2 - Sungai Merbok-Teluk Bayu.

Berkumpul di Jeti, lawatan ke Muzium Paya Bakau - Penerangan dan paparan ringkas kepentingan Sungai Merbok terhadap biodiversiti, eco sistem, sejarah dan riadah.Pengembaraan bermula dari Jeti Semeling ke Pulau Satu , Dua dan Tiga dimana ketiga-tiga pulau kecil ini mempunyai sejarah dan ceritanya tersendiri pada zaman terdahulu.Perjalanan akan diteruskan menyusuri Sungai Merbok ke Teluk Bayu sambil pegunjung akan disajikan dengan panorama yang menarik, hidupan flora dan fauna serta aktiviti nelayan yang terdapat disepanjang Sungai Merbok.Pengunjung akan berkesempatan menikmati makan tengahari BBQ di Sangkar Ikan Teluk Bayu.Dari Teluk Bayu pengunjung akan dibawa ke Kg. Sg. Batu Besi dimana terdapat bekas pelabuhan, makam Sultan Muzaffar Shah dan penemuan terbaru tapak arkeologi penempatan kilang besi dan sebagainya yang masih di dalam kajian.Lokasi terakhir pengunjung adalah di Jeti Semeling untuk minum petang ,majlis perpisahan dan penyampaian cenderahati.


Pakej 3 - Sungai Merbok-Pantai Merdeka.

Berkumpul di Jeti, lawatan ke Muzium Paya Bakau - Penerangan dan paparan ringkas kepentingan Sungai Merbok terhadap biodiversiti, eco sistem, sejarah dan riadah.Pengembaraan bermula dari Jeti Semeling ke Pulau Satu , Dua dan Tiga dimana ketiga-tiga pulau kecil ini mempunyai sejarah dan ceritanya tersendiri pada zaman terdahulu.Perjalanan akan diteruskan menyusuri Sungai Merbok ke Teluk Bayu sambil pegunjung akan disajikan dengan panorama yang menarik, hidupan flora dan fauna serta aktiviti nelayan yang terdapat disepanjang Sungai Merbok.Pengunjung akan berkesempatan menikmati makan tengahari BBQ di Sangkar Ikan Teluk Bayu.Dari Teluk Bayu pengunjung akan dibawa ke Pantai Merdeka dan Tg. Dawai melalui jalan air. Di Pantai merdeka pengunjung boleh bermandi-manda atau menikmati keindahan pantai di Pantai Merdeka dan pengunjung dapat membeli sedikit hasil laut di Tg. Dawai untuk dibawa pulang .Semua hasil laut di Tg. Dawai diusahakan oleh penduduk tempatan dan Tg Dawai terkenal dengan hasil laut yang dikeringkan.Setelah selesai di Tg. Dawai pengunjung akan dibawa ke Kg Sg Batu Besi dimana terdapat bekas pelabuhan, makam Sultan Muzaffar Shah dan penemuan terbaru tapak arkeologi penempatan kilang besi dan sebagainya yang masih di dalam kajian.Lokasi terakhir pengunjung adalah di Jeti Semeling untuk minum petang ,majlis perpisahan dan penyampaian cenderahati.



* Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Hj. Sapian (019-2601036) atau En Sani (012-4667045)


Wednesday, January 13, 2010

Tandop Camp. Kem latihan dan riadah.

Lokasi Tandop Camp adalah bersebelah dengan sungai Merbok Kecil yang punca airnya mengalir dari Gunung Jerai hingga ke Sungai Merbok. Pekan yang terdekat dengan camp ini adalah pekan Merbok.Lokasi Tandop Camp juga berdekatan dengan tempat bersejarah di negeri Kedah, iaitu Muzium Arkeologi Lembah Bujang dimana terdapatnya banyak barang-barang arkeologi yang telah dijumpai dari zaman Kedah Tua. Di muzium inilah terdapatnya candi Lembah Bujang. Mengikut cerita-cerita orang tempatan, sejarah kawasan Merbok ini juga ada dikaitkan dengan Raja Bersiung.Lokasi Tanjung Dawai juga tidak berjauhan dengan Tandop Camp. Tanjung Dawai terkenal dengan hasil laut yg dikeringkn. Diantaranya ikan pekasam,ikan kering, belacan dan banyak lagi.Tandop Camp didirikan di kawasan kebun getah dan buah-buahan.Terdapat 5 jenis pokok buah di sekitar kawasan Tandop Camp dan diantaranya adalah pokok cempedak, rambutan, durian,manggis dan dukong.Terdapat juga pokok buah yang baru ditanam, dan diantaranya adalah pokok pulasan, longan, nenas, kelapa mawar dan pelbagai pokok herba.
Pelbagai aktiviti yg boleh pengunjung lakukan apabila berada di Tandop Camp, diantaranya berkayak disepanjang sungai merbok, white water rafting di Sedim, melawat muzium arkeologi Lembah Bujang, melawat tapak arkeologi yang baru ditemui, menikmati keindahan pantai di Pantai Merdeka, menikmati hidangan makanan laut di Tanjung Dawai dan banyak lagi yang sudah semestinya tidak akan mengecewakan. Mai che' oh mai che' mai......