Wednesday, January 13, 2010

Tandop Camp. Kem latihan dan riadah.

Lokasi Tandop Camp adalah bersebelah dengan sungai Merbok Kecil yang punca airnya mengalir dari Gunung Jerai hingga ke Sungai Merbok. Pekan yang terdekat dengan camp ini adalah pekan Merbok.Lokasi Tandop Camp juga berdekatan dengan tempat bersejarah di negeri Kedah, iaitu Muzium Arkeologi Lembah Bujang dimana terdapatnya banyak barang-barang arkeologi yang telah dijumpai dari zaman Kedah Tua. Di muzium inilah terdapatnya candi Lembah Bujang. Mengikut cerita-cerita orang tempatan, sejarah kawasan Merbok ini juga ada dikaitkan dengan Raja Bersiung.Lokasi Tanjung Dawai juga tidak berjauhan dengan Tandop Camp. Tanjung Dawai terkenal dengan hasil laut yg dikeringkn. Diantaranya ikan pekasam,ikan kering, belacan dan banyak lagi.Tandop Camp didirikan di kawasan kebun getah dan buah-buahan.Terdapat 5 jenis pokok buah di sekitar kawasan Tandop Camp dan diantaranya adalah pokok cempedak, rambutan, durian,manggis dan dukong.Terdapat juga pokok buah yang baru ditanam, dan diantaranya adalah pokok pulasan, longan, nenas, kelapa mawar dan pelbagai pokok herba.
Pelbagai aktiviti yg boleh pengunjung lakukan apabila berada di Tandop Camp, diantaranya berkayak disepanjang sungai merbok, white water rafting di Sedim, melawat muzium arkeologi Lembah Bujang, melawat tapak arkeologi yang baru ditemui, menikmati keindahan pantai di Pantai Merdeka, menikmati hidangan makanan laut di Tanjung Dawai dan banyak lagi yang sudah semestinya tidak akan mengecewakan. Mai che' oh mai che' mai......

No comments:

Post a Comment